Sunday, 28 November 2010

Pengenalan


Puan Salmiah merupakan salah seorang pembuat kuih muih secara kecil-kecilan di Balingian.
Beliau mempunyai seorang rakan kongsi untuk membantu beliau iaitu Puan Sarimah.
Beliau memulakan perniagaan kuih muih sejak 2001 yang lalu.

Dahulu beliau membuat hanya untuk dijual di kampung-kampung tetapi kini beliau menerima banyak tempahan dari sekolah-sekolah dan juga turut menjual kuih muih beliau d pekan setiap hujung minggu.

Kini beliau banyak menerima tempahan kuih basah sahaja berbanding kuih kering.
Sekiranya ingin menempah, beliau menerima tempahan kuih muih bila-bila masa.

Kerepek

Kerepek merujuk kepada sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng sehingga garing. Kerepek dibuat daripada pelbagai bahan dan dinamakan menurut jenis bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerepek tersebut.