Kuih tiram atau juga dikenali dengan nama berikut: kuih selayang, kerepek layang, kuih kertas, kuih lidah kucing, kuih lidah buaya, dan kuih kapal terbang, merujuk kepada sejenis kuih yang popular di Malaysia.
Namanya adalah menurut bentuknya seperti isi tiram. Kuih tiram biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Kuih tiram biasanya tahan lama, dan tidak perlu didinginkan untuk disimpan lama. Disebabkan ia tahan lama, kuih tiram sesuai dibuat bagi jualan komersial.
Kuih tiram biasanya mudah dihidangkan kerana ia tahan lama dan terdapat dalam pek jualan. Kuih tiram sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, dan rasanya sedap.
No comments:
Post a Comment